Sabtu, September 06, 2008

Jom Beri Pendapat

Sudah hampir dua bulan lebih weblog www.jomkewarung.blogspot dibangunkan. Kepada pengunjung setia, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana melawat blog ini. Dan kepada pengunjung baru, salam perkenalan kami ucapkan. Secara ringkasnya, tujuan blog ini dibangunkan ialah untuk memaparkan perniagaan konsep warung, yang sudah menjadi lumrah di negara yang kita cintai ini.
Jika anda mempunyai komen atau cadangan mengenai perniagaan warung, sila catat pendapat anda di ruang komen di sudut laman post. Geng Warung mengalu-alukan komen anda. Lagipun, jika kita mampu atau boleh melakukan sesuatu untuk memperbaiki dan memajukan lagi konsep perniagaan warung, kita seharusnya bergabung idea dan bertukar pendapat. Tidak begitu?
Warung bukan sahaja ada di negara kita, tetapi telah wujud di merata dunia seperti Indonesia,Thailand, Filipina mahupun Amerika Syarikat dan Eropah. Bezanya di negara Barat, ianya digelar street cafe, sidewalk cafe ataupun food kiosk. Pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman di dalam cuaca dingin dan nyaman. Sungguh berbeza dengan keadaanya di negara beriklim Khatulistiwa bukan?


Warung di Bangkok, Thailand. Gambar ehsan Encik Faisal


Street cafe di Toronto, Canada. Gambar ehsan HickerPhoto.com


Sidewalk cafe di California, Amerika Syarikat. Gambar ehsan Puan Suriani

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi Geng Warung.

kalau di negara barat, kebersihan warung memang terjamin sebab undang-undangnya ketat. Di Malaysia memang banyak warung yang bersih. Ini bagus untuk menarik orang ramai termasuk pelancong. Abang harap pihak berkuasa lebih kerap membuat pemeriksaan warung-warung yang tidak bersih di bandar2 besar. Penguatkuasa kena rajin pantau warung-warung di sekitar bandar macam KL. t.kasih.

teruskan usaha anda ini!